My Baby Boy

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 17, 2010

5 Tahun Tanpa Mak

Wan Seripah binti Tok Muda Wan Mohamad
10.5.1941 - 18.8.2005


Arini genaplah 5 tahun pemergian mak tersayang, tetiba pagi ni terasa suram bila terjaga dari tidur tgk tarikh 18.08.2010, tetiba memory 5 tahun lepas berlegar dalam kepala..keadaan mak di ICU, wayar berselirat kt badan mak dan mak hanya menggunakan alat bantuan pernafasan, setelah Dr. memberitahu kami adik beradik mereka telah cuba sedaya mungkin tapi mak da xde harapan, bagaikan batu yang besar jatuh menghempap kepala aku, first thing yg aku pikir mcm mane dengan aku, seorg anak yang manja dengan mak, sepanjang 23 tahun xpernah berenggang lama dengan mak nak meneruskan idup, aku menangis semahu-mahunya. Didalam hati ade kekesalan dengan pihak hospital yang merawat mak, rase mcm nk mengamuk pun ade. Bermacam perkara menerjah masuk dalam otak, seperti tidak mahu melepaskan mak. Aku berbisik didalam ati " Mak xleh pergi tinggalkan koklie" koklie tak bersedia lagi idup tanpa mak"

Keadaan nazak mak makin kritikal nombor di mesin alat bantuan pernafasan makin turun, itu menandakan makin dekat mak nak pergi, semua adik beradik membacakan yassin didalam bilik ICU utk mak, aku masih lagi seperti cacing kepanasan, tapi yang paling aku ingat air mata mak mengalir dalam keadaan koma ya allah meruntun jiwa aku melihat mak begitu, aku tahu mak mesti sedang bertarung kesakitan dan kesedihan utk meningalkan kami, tetiba abangku menepuk bahuku "koklie awak kene redha mak pergi kami semua da redha mak pergi, sian kat mak awak redha yer" terkesima aku dengan kata2 abangku aku seperti berat untuk melepaskan mak, tapi abangku berkata "kesian mak koklie dari die menderita macam tu baik koklie redha je die pergi" sebak rasa bila dengar abangku berkata demikan ade betulnya juga, dengan berat hati aku meredhakan kepergian mak smbil memegang tangan mak yang semakin sejuk

Tepat jam 12.30 pagi 18.08.2005 Mak menghembuskan nafas yang terakhir. Aku meraung seperti seorg kanak2 kecil yang ditinggalkan ibu. Bermula la hidupku tanpa ibu didunia ini.

Aku menyayangi ibuku sebagaimana ibuku menyayangiku, masih aku ingat dan rase ribaan, pelukkan, bau dan bunyi nafas ibu. Aku masih ingat jasa ibu menjaga aku tika sakit, masih segar dalam ingat dimana kami adik beradik kene chiken pox serentak, ya Allah hanya tuhan saja yang tau bagai mana mak menjaga kami bertiga, masih ingat mak tidur ditengah2 dan bangun setiap satu jam utuk meletakkan tuala basah di kepala kami, hanya Allah Swt yang dapat membalas jasa mak. Masih aku ingat mak slalu akan bwk balik makanan kalau die pergi kenduri jika tau i suke masakan tersebut sebab mak pernah cakap" mak kalau makan mesti teringat anak2 mak, xtertelan"

Sekarang aku telah menjadi seorang ibu, dan aku makin mendapat naluri keibuan sama seperti mak, slalu aku terfikir kalu mak ada mesti rania akan manja ngan tokner die, mesti hari2 tokner belikan choclate kt rania. Tapi semua tu tinggal impian yang x mungkin terjadi. Tapi koklie yakin mak mesti ade datang tengok Rania kan.

Mak koklie harap mak tenang disana, koklie sentiasa mendoakan yang terbaik buat mak, Jangan risau mak koklie telah dijaga oleh suami yang baik dan penyayang moga koklie akan menjadi isteri yang baik mcam mak.......Al-Fatihah



Pergi Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

4 comments:

  1. semoga mak u tenang di sana dan rohnya dicucuri rahmat...sedih i baca entry ini

    ReplyDelete
  2. aminn i pun harap macam tu nieda, thanks ;)

    ReplyDelete
  3. iskkk. sedey. u're strong, babe! take care yer.. moga ur roh ur mom tenang di sana...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah anita, xsangka i bley survive huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails