My Baby Boy

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 31, 2010

Qada Raya ;)

Setelah tidak menyambut hari raya pada tahun lepas gara-gara terberanak di malam raya maka taun ni haruslah menganti, ingat pose je kene ganti raya pun kene okehhh...hehehe, Alhamdulilah pembelian secara bijak telah selamat dilakukan oleh kami ;). Masa yang diambil adalah 4 hari 3 malam berkampung di KL bagi melunaskan nafsu serakah isteri yang tidak beraya pada tahun lepas.

Tahun ini perbelanjaan Raya telah bertambah lebih sikit, Peruntukan untuk our Princess yang kali ke-2 menyambut Hari raya hehehe, best kan rania umur baru setaun tapi raya 2 kali huhuhu.... antara barangan yang telah dirembat adalah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Mane Rania? hehehe



Baju Rania


Baju Rania lagi ;)


daddy's yang berjiwa muda

Mommy's ;)

Segala persiapan menyambut hari raya alhadulilah semua sudah settle kecuali baju sedondon kami di pagi raya, ade yang terkecik dan terbesar perlu di alter so nextweek la baru complete baju bajan kami.

Yang x best taun nie en. suami berkerja di hari raya huk..huk..huk.. nasiblah kan dapat suami cuti raya berotate ni huhuhu xpe taun depan en. suami cuti so tunggu taun depan je la, taun lepas dapat beraya tapi, sibuk kene jaga bini dalam pantang hehehehe tapi xpe sronok ape x cukup tido kan..kan..kan.. ;)

Jadi selepas Raya mari makan roti beramai-ramai hehehe skang roti da advance ade roti bomm, roti nan segera jimat blanjer hehehehe

Tapi yang i perasan segala perbelanjaan Hari raya semua utk rania bayangkan smpai kuih raya pun nak cari yang sesuai utk rania makan huhuhu masak la cam nie semua gara-gara our cipopet haishh.. ape2 pun harap raya taun nie meriah la hendaknye dan rania bley collect duit raya dengan jayanya hehehe nanti mommy simpan dalam bank yer rania hihihihi.....

Dan yang lagi x sabar adalah menanti detik birthday party rania hurmmm harap semuanya berjalan dengan lancar aminnn!!!!

Wednesday, August 18, 2010

One more month to go yeahhh!!!

Puteri Rania Sofea


Hari ni genap 11 bulan our bundle of joy, kejap je rase dari berjaga setiap 2 jam setiap malam skang tido x berjaga langsung, dari melayan kerenah Rania yang xmo letak smpai nak makan pun susah skang Rania da bley makan skali ngan mommy hurmm how times flies kan huhuhu, sometimes i miss that moment dimana Rania mmg xnak lepas nenen, kalu minum smpai penuh then muntah hehehe, tapi skang minum main2 je sbb bnyk sgt agenda terselindung kt dalam kepala tu, bz sgt ade je aktiviti die nak buat haishh lasak lak tu owh my baby.....

So far setelah menginjak umur 11 bulan nie antara perkara baru tentang Rania adalah:-


ngamok time ;)

  1. Suke main aucak dengan org
  2. Xnk dengan org kalu org tgk die suke senyum2 bile org tu nak amek die melalak plak haishh x frenly langsung huhuhu
  3. Suke Menjerit atau tetiba je meraung kalu die tngah merangkak utk ke suatu tempat tetibe me or bibik amek die terus meraung ok mcm hesteria huhuhu
  4. Sudah pandai sebut "daddy" yea daddy sahaja mommy masih samar2 kedengaran...kengkadang jadi mimi huhuhu
  5. Gigi masih tiada tapi suke pinjam berus gigi daddy bile mandi gan mommy huhuhu
  6. Pakai pampers adalah sangat mencabar skang, rase nk gigit je kengkandang
  7. Susah nak tidor siang, kadang2 xtido langsung sbb bz sangat bermain
  8. Malam tido dalam cot tap time daddy ade jela, sbb da tak muat katil hehehe
  9. Suke main sorg2 dan bercakap sorg2 ni kengkadang seram sket huhuhu
  10. Suke memanjat ape saja bagi je la basikal ker, kotak ke semua panjat huhuhu
  11. Ekor panjang daddy skang, even daddy nk smoking kt luar pun adalah wajib kene bawak die or die akan menjerit-jerit kt dalam rumah smbil meminta simpati huhuhu ni pembawakn masa mengandung kot huhuhu
  12. Boleh berjalan smbil pegang sofa or meja, bleh berdiri smbil joget2 jgk tapi nk melangkah tu agak goyang sket, terus duduk then merangkak
  13. Kalu i pengang die utk tatih die sendiri akan sebut tatih huhuhu
Itu saja la perkembangan rania setelah berumur 11 bulan, ape2 pun mommy sedang sibuk mengoogle hasil creative kt internet for decoration birthday rania nanti, sbb anak sulung kan eksaited pun lebey, insyaalah kalu ade rezeki anak2 yang lain pun akan menerima sambutan yang sama wink**wink**


Seronok Main Munge Api

p/s: To my lovely Rania Mommy and Daddy love so much!!


** Cara-cara membesarkan gambar telah diajar dicopek oleh Blog Mama Errissa Qiestina a.k.a Yat Ekhram ;)

Tuesday, August 17, 2010

5 Tahun Tanpa Mak

Wan Seripah binti Tok Muda Wan Mohamad
10.5.1941 - 18.8.2005


Arini genaplah 5 tahun pemergian mak tersayang, tetiba pagi ni terasa suram bila terjaga dari tidur tgk tarikh 18.08.2010, tetiba memory 5 tahun lepas berlegar dalam kepala..keadaan mak di ICU, wayar berselirat kt badan mak dan mak hanya menggunakan alat bantuan pernafasan, setelah Dr. memberitahu kami adik beradik mereka telah cuba sedaya mungkin tapi mak da xde harapan, bagaikan batu yang besar jatuh menghempap kepala aku, first thing yg aku pikir mcm mane dengan aku, seorg anak yang manja dengan mak, sepanjang 23 tahun xpernah berenggang lama dengan mak nak meneruskan idup, aku menangis semahu-mahunya. Didalam hati ade kekesalan dengan pihak hospital yang merawat mak, rase mcm nk mengamuk pun ade. Bermacam perkara menerjah masuk dalam otak, seperti tidak mahu melepaskan mak. Aku berbisik didalam ati " Mak xleh pergi tinggalkan koklie" koklie tak bersedia lagi idup tanpa mak"

Keadaan nazak mak makin kritikal nombor di mesin alat bantuan pernafasan makin turun, itu menandakan makin dekat mak nak pergi, semua adik beradik membacakan yassin didalam bilik ICU utk mak, aku masih lagi seperti cacing kepanasan, tapi yang paling aku ingat air mata mak mengalir dalam keadaan koma ya allah meruntun jiwa aku melihat mak begitu, aku tahu mak mesti sedang bertarung kesakitan dan kesedihan utk meningalkan kami, tetiba abangku menepuk bahuku "koklie awak kene redha mak pergi kami semua da redha mak pergi, sian kat mak awak redha yer" terkesima aku dengan kata2 abangku aku seperti berat untuk melepaskan mak, tapi abangku berkata "kesian mak koklie dari die menderita macam tu baik koklie redha je die pergi" sebak rasa bila dengar abangku berkata demikan ade betulnya juga, dengan berat hati aku meredhakan kepergian mak smbil memegang tangan mak yang semakin sejuk

Tepat jam 12.30 pagi 18.08.2005 Mak menghembuskan nafas yang terakhir. Aku meraung seperti seorg kanak2 kecil yang ditinggalkan ibu. Bermula la hidupku tanpa ibu didunia ini.

Aku menyayangi ibuku sebagaimana ibuku menyayangiku, masih aku ingat dan rase ribaan, pelukkan, bau dan bunyi nafas ibu. Aku masih ingat jasa ibu menjaga aku tika sakit, masih segar dalam ingat dimana kami adik beradik kene chiken pox serentak, ya Allah hanya tuhan saja yang tau bagai mana mak menjaga kami bertiga, masih ingat mak tidur ditengah2 dan bangun setiap satu jam utuk meletakkan tuala basah di kepala kami, hanya Allah Swt yang dapat membalas jasa mak. Masih aku ingat mak slalu akan bwk balik makanan kalau die pergi kenduri jika tau i suke masakan tersebut sebab mak pernah cakap" mak kalau makan mesti teringat anak2 mak, xtertelan"

Sekarang aku telah menjadi seorang ibu, dan aku makin mendapat naluri keibuan sama seperti mak, slalu aku terfikir kalu mak ada mesti rania akan manja ngan tokner die, mesti hari2 tokner belikan choclate kt rania. Tapi semua tu tinggal impian yang x mungkin terjadi. Tapi koklie yakin mak mesti ade datang tengok Rania kan.

Mak koklie harap mak tenang disana, koklie sentiasa mendoakan yang terbaik buat mak, Jangan risau mak koklie telah dijaga oleh suami yang baik dan penyayang moga koklie akan menjadi isteri yang baik mcam mak.......Al-Fatihah



Pergi Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails